TEKNIK CSR100 - "Trade with the Trend"

Semuga blog ini akan memberi manafaat kepada kita semua. Segala cadangan, pendapat, idea maupun kritikan amat di alukan-alukan untuk memantapkan lagi "TEKNIK CSR100" dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Jom kita kongsi ilmu forex.Terima kasih kepada Sifu JGV100 kerana sudi meluangkan ilmu-ilmu forex kepada kita semua. KISS - KEEP IT SIMPLE n SMART

Thursday, May 14, 2009

Forex Dalam islam

FOREX bukan perjudian sekiranya kita mempunyai ilmu semasa menjalankan perniagaan ini di samping tidak lupa untuk berdoa kpd tuhan. Setelah kita mempelajari teknik2, kita berusaha utk memahaminya. setelah kita berasa yakin, boleh lah mencuba menggunakan virtual money semasa trading sbg latihan. jgn gusar dgn keadaan market, bertawakal setelah membuat keputusan. insya Allah kalau rezeki tak ke mana. Jika tiada ilmu, maka jadilah forex seperti taruhan atau perjudian.

Prof. Drs. Masjfuk Zuhdi yang berjudul MASAIL FIQHIYAH;Dalam bukunya Kapita Selecta Hukum Islam, didapati bahawa Forex (Perdagangan Matawang Asing) diperbolehkan dalam hukum islam.

Perdagangan matawang asing timbul kerana adanya perdagangan barang-barang keperluan/komoditi antara negara yang bersifat international. Perdagangan (Eksport-Import) ini tentu memerlukan alat pembayara iaitu WANG yang mana setiap negara mempunyai ketentuan sendiri dan berbeza satu sama lainnya sesuai dengan penawaran dan permintaan di antara negara-negara tersebut sehingga timbul PERBANDINGAN NILAI MATA WANG antara negara.

Perbezaan nilai mata wang antara negara terkumpul dalam suatu BURSA atau PASAR yang bersifat international dan terikat dalam suatu kesepakatan bersama yang saling menguntungkan.

Nilai mata wang sebuah negara dengan negara lainnya adalah berubah (berfluktuasi) setiap saat sesuai volume permintaan dan penawarannya. Adanya permintaan dan penawaran inilah yang menimbulkan transaksi mata wang. Secara jelasnya adalah tukar-menukar mata wang yang nilainya berbeza.

HUKUM ISLAM dalam TRANSAKSI MATAWANG ASING

1. Ada Ijab-Qobul: —> Ada perjanjian untuk memberi dan menerima

* Penjual menyerahkan barang dan pembeli membayar tunai.
* Ijab-Qobulnya dilakukan dengan lisan, tulisan dan utusan.
* Pembeli dan penjual mempunyai wewenang penuh melaksanakan dan melakukan tindakan-tindakan hukum (dewasa dan berfikiran sihat)

2. Memenuhi syarat menjadi objek transaksi jual-beli yaitu:

* Suci barangnya (bukan najis)
* Dapat dimanfaatkan
* Dapat diserahterimakan
* Jelas barang dan harganya
* Dijual (dibeli) oleh pemiliknya sendiri atau kuasanya atas izin pemiliknya
* Barang sudah berada ditangannya jika barangnya diperoleh dengan imbalan.

Manakala pendapat Muhammad Isa, bahawa jual beli saham itu diperbolehkan dalam agama dengan berdalilkan

لاتشترواالسمك فیالماءفاءنه غرد

“Jangan kamu membeli ikan dalam air, karena sesungguhnya jual beli yang demikian itu mengandungi penipuan”. (Hadis Ahmad bin Hambal dan Al Baihaqi dari Ibnu Mas’ud)

Jual beli barang yang tidak di tempat transaksi diperbolehkan dengan syarat harus diterangkan sifat-sifatnya atau ciri-cirinya. Kemudian jika barang sesuai dengan keterangan penjual, maka sahlah jual belinya.

Tetapi jika tidak sesuai maka pembeli mempunyai hak khiyar, ertinya boleh meneruskan atau membatalkan jual belinya. Hal ini sesuai dengan hadis Nabi riwayat Al Daraquthni dari Abu Hurairah:

من سترئ شيتالم يرهفله الخيارإذاراه

“Barang siapa yang membeli sesuatu yang ia tidak melihatnya, maka ia berhak khiyar jika ia telah melihatnya”.

Jual beli hasil tanam yang masih terpendam, seperti kentang, bawang dan sebagainya juga diperbolehkan, asalkan diberi contohnya, kerana akan mengalami kesulitan atau kerugian jika harus mengeluarkan semua hasil tanaman yang terpendam untuk dijual. Hal ini sesuai dengan kaedah hukum Islam:

المشقة تجلب التيسر

Kesulitan itu menarik kemudahan.

Demikian juga jual beli barang-barang yang telah terbungkus/tertutup, seperti makanan dan sebagainya, asalkan diberi label yang menerangkan isinya. Vide Sabiq, op. cit. hal. 135. Mengenai teks kaedah hukum Islam tersebut di atas, vide Al Suyuthi, Al Ashbah wa al Nadzair, Mesir, Mustafa Muhammad, 1936 hal. 55.

JUAL BELI MATAWANG ASING DAN SAHAM

Yang dimaksud dengan matawang asing adalah mata wang luar negeri seperti dolar Amerika, Poundsterling,Euro, Dollar Australia, Ringgit Malaysia dan sebagainya.

Apabila antara negara terjadi perdagangan international maka setiap negara memerlukan matawang asing sebagai alat pembayaran luar negeri yang dalam dunia perdagangan disebut devisa. Misalnya eksport Malaysia akan memperolehi pendapatan dari hasil eksportnya, sebaliknya import Malaysia memerlukan hasil untuk mengimport dari luar negeri.

Dengan demikian akan timbul penawaran dan permintaan di bursa matawang asing. Setiap negara berwenang penuh menetapkan nilai wangnya masing-masing (nalai adalah perbandingan nilai wangnya terhadap mata wang asing) misalnya 1 dolar Amerika = RM 3.70. Namun perbandingan nilai tukar setiap saat boleh berubah-ubah, tergantung pada kekuatan ekonomi negara masing-masing. Pencatatan kurs uang dan transaksi jual beli matawang asing yang diselenggarakan di Bursa Matawang Asing (A. W. J. Tupanno, et. al. Ekonomi dan Koperasi, Jakarta, Depdikbud 1982, hal 76-77)

Rasanya untuk lebih jelas lagi hayati petikan di bawah :

“Assalamualaikum,

Baru-baru ini saya ada menghadiri kursus Forex di sebuah syarikat swasta, Stable Alliance Sdn. Bhd. Yang menguruskan urusniaga Forex (Foreign Exchange Currency) beroperasi di Megan Avenue, Off Jalan ampang, KL. Saya berminat untuk menambah pendapatan saya melalui forex selain mencari sumber lain untuk melangsaikan hutang saya setelah permohonan baitulmal saya tidak mendapat galakan. Pegawai syarikat itu ada menunjukkan sijil syariah atau pengesahan boleh urusniaga mengikut syariah dari mufti Perak iaitu dari pihak Dato’. Disini saya inginkan kepastian adakah benar pihak Dato, ada mengeluar sijil mengatakan Forex itu dibolehkan oleh syariah kepada syarikat berkenaan? Sekalipun tidak saya ingin penjelasan Dato, berhubung Forex, adakah boleh saya masuk kedalam urusniaga Forex, memandangkan hutang saya yang amat besar tidak dapat saya langsaikan kalau hanya bergantung kepada gaji bulanan saya yang Cuma RM 1,000. Untuk perhatian tuan, hutang tersebut adalah hutangyang terpaksa saya bayar kerana kegagalan saya dalam akedemik kepada pihak penaja, dan juga hutang saya kepada kawan-kawan ketika biasiswa saya dihentikan dan saya memerlukan kewangan untuk sedikit sara diri dan mencari tiket pulang ke Negara ketika itu.

Segala perhatian Dato’ amat saya hargai.

-insan malang,

Fakhrunnazim Muhajir

Jawapan :

Waalaikumsallam.

Kepada : Fakhrunnazim Muhajir

Mengenai urusniaga Forex. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Perak membuat pengesahan, boleh berurusniaga dengan Forex.

Wallahhua’lam

Sumber : http://mufti.perak.gov.my/kemusykilan/Musykil_utama.htm

Update GBPUSD

The Beauty of TEKNIK CSR100 - Trade with the TREND



Konsep utama TEKNIK CSR100 adalah TRADE with the TREND. Jika anda enter post di awal TREND, tidak mustahil lah untuk anda mendapat ratusan pips seperti yang telah saya tunjukkan di chart2 sebelum ini. Anda juga berpeluang untuk memasuki 2nd atau 3rd TRADE jika SETUP CSR100 dapat di kenalpasti.



JOM kita lihat GU TF 1 HR sebagai contoh



Chart GU TF 1 HR 12-5-2009



[
Dari chart diatas , apa yang anda boleh lihat dan pelajari adalah :-



TRADE 1 - Creeping SETUP


Trade pada permulaan TREND. Jika anda enter Post BUY di sini ------> Profit semasa adalah lebih 500 pips (5 kali sasaran min TP CSR100)



TRADE 2 - Normal SETUP


Trade pada pertengahan TREND. Jika anda enter Post BUY di sini ------> Profit semasa adalah lebih 300 pips (3 kali sasaran min TP CSR100)



Kesimpulannya, Jika anda memasuki Post pada awal sesuatu TREND, dalam contoh di atas GU TF 1 HR......tidak mustahil untuk anda mendapat RATUSAN PIPS. Inilah KELEBIHAN TEKNIK CSR100 dimana anda tahu cara untuk TRADE with the TREND dan juga tahu ttgn jenis2 SETUP samada ianya di awal, pertengahan atau penghujung sesuatu TREND. Ini sudah semestinya dapat membantu anda semua membuat keputusan semasa hendak enter sesuatu Post.

ASAS TRADING CSR100

ASAS TRADING.


3 perkara penting yang sentiasa perlu di ingat dan di patuhi bila TRADING.


1. TRADE WITH THE TREND -----> Trend is your friend, jadikan trend sebagai girlfriend anda. Jangan sekali-kali melawan trend (pantang larang utama trading ni). Lebih mudah untuk untung jika anda "Trade with the Trend" di bandingkan dengan "Trade melawan Trend". UPTREND = BUY AJA. DOWNTREND = SELL AJA, Simple kan.


2. BUY AT SUPPORT ------> Buyers enter the market at Support and take control from the sellers. Maksudnya enter Trade BUY hanya di Support sahaja. Simple kan . Kalau BUY di Resistance kira cari nahaslah. Lu fikirlah sendiri.


3. SELL AT RESISTANCE -----> Sellers enter the market at Resistance and take control from the buyers. Maksudnya enter TRADE SELL hanya di Resistance sahaja. Simple kan. Kalau SELL di Support kira cara bala lah. Lu fikirlah sendiri.


Itu aja 3 formula penting yang harus di ingat dan di patuhi.


Tiga perkara penting di atas adalah ASAS kepada Teknik CSR100.



Cara atau Rules untuk trade gunakan TEKNIK CSR100.


1. Kenal pasti Arah Trend -----> Setiap Tf mempunyai trend sendiri, pastikan kita trade with the trend dengan higher TF. Trading with trend on one tf higher akan memberikan keputusan yang baik, manakala 2 atau lebih sama trend dgn higher TF akan memberikan pulangan yang lumayan.


A1. Jika anda trading di TF 4 HR, gunakan TF Daily/Weekly untuk melihat trend

A2. Jika anda trading di Tf 1 HR, gunakan TF 4 HR/Daily untuk melihat trend

A3. Jika anda trading di TF 15m, gunakn TF 1 HR/4 Hr untuk melihat trend



2. ENTER POSTION, TARGET PROFIT DAN STOP LOSS


DOWNTREND (SELL AJA)


A. ENTER POST -------> Selepas fenomena SBR terjadi biasanya price akan Retest bebarapa kali ke garisan SBR. (1st RETEST, 2nd RETEST atau 3RD rd RETEST). Jika price masih gagal melepasi SBR setelah bebarapa kali RETEST , ini menunjukkan SBR itu cukup kuat dan seterusnya meng "confirmkan" itu SBR yang sah atau valid. Sebaik-baiknya tunggu 2nd atau 3rd RETEST untuk enter post. Rujuk Chart untuk gambaran yang lebih jelas.


B. TP --------> Lowest point selepas Breakout (Support). Anda boleh hold post kerana kemungkinan untuk price break support adalah tinggi di sebabkan kita trade with the trend. Rujuk Chart untuk kedudukan TP (biasanya TP adalah di support yang sudah di kenal pasti)


C. SL--------> Beberapa pips diatas SBR.(ikut MM yang telah anda rancang, berapa pips kah anda sangup rugi? )



UNTUK UPTREND ADALAH SEBALIKNYA.



CHART EU TF 1 HR


Contoh Trading : Trade 1, Trade 2 dan Trade 3
Kedudukan Entry POINT & TP



This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1058x512.

TEKNIK CSR100


Apa itu TEKNIK CSR100?


Teknik CSR100 bermaksud Teknik "Classical Support n Resistance" dengan Target Profit sekurang2nya 100pips (insyaALLAH). Teknik ini based sepenuhnya pada konsep "Support n Resistance" dan "Trade with the Trend".Teknik ini adalah teknik klasik / teknik lama dimana tiada indicator digunakan (fibo/MA/macd/stoch/AO etc.) dan purely based on price action.


Penggunan indicators (akan dibincangkan kemudian) mungkin akan membantu tetapi kita cuba mengelakkannya agar "ke-simple-an" teknik ini terpelihara. Lebih simple lebih bagus kan KISS - Keep it Simple n Smart.

Jom kita pelajari term2 atau istilah2 yang akan selalu di gunakan pada TEKNIK CSR100



TREND -----> rasanya semua orang tahu kot


UPTREND-----> a series of rising peaks and troughs (L, H, HL, HH dan seterusnya, bahasa mudahnya trend menaik)

L - Low, H - High, HL - Higher Low, HH - Higher High


DOWNTREND-----> a series of descending peaks and troughs (H, L, LH, LL dan seterusnya, bahasa mudahnya trend menurun)


H - High, L - Low, LH -Lower High, LL - Lower Low



SUPPORT -----> terjadi apabila price/market dari atas ke bawah gagal melepasi satu garisan / zone dan patah balik ke atas. "Any part at which the market stopped going down and turned up"


RESISTANCE----> terjadi apabila price / market dari bawah ke atas gagal melepasi satu garisan / zone dan patah balik ke bawah. "Any part at which the market stopped going up and turned down"


ROLE REVERSAL-----> "Support atau Resistance" telah bertukar fungsi, SBR dan RBS


SBR -----> SUPPORT BECOME RESISTANCE

RBS------> RESISTANCE BECOME SUPPORT


BREAKOUT-----> Price berjaya melepasi Support atau Resistance dan selalunya adalah point/garisan/zone di mana berlakunya pertukaran fungsi "Support n Resistance"


TP -----> Target Profit

SL -----> Stop Loss

Jom kita rujuk kepada Chart untuk lebih memahami istilah2 di atas

Lagi Chart untuk memahami dan mendapat gambaran yang lebih jelas tentang istilah2 yang di guna pakai.



Trend - Down Trend


Istilah2 penting yang perlu di ambil perhatian disini, S n R, Breakout, SBR , H - L - LH - LL - LH - LL dan seterusnya.


Perhatikan dimana kedudukan SBR dan bagaimana ianya di lukis secara manual.


Chart EU - TF 1 HR


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1058x512.

TEKNIK CSR100 - "Trade with the Trend"

Asalamualaikum,


Selamat Pagi Traders Semua,


Blog ini khusus untuk membincangkan "TEKNIK CSR100". Teknik ini secara amnya telah di bincangkan di thread " Are You a Moving Average Traders? ". Disebabkan teknik ini lebih kepada penggunaan "Support n Resistance" , saya fikir adalah lebih baik di wujudkan satu thread yang baru agar tidak mengelirukan dengan teknik MA walaupun pengunaan MA ada sebagai indi tambahan.


Semuga thread ini akan memberi manafaat kepada kita semua. Segala cadangan, pendapat, idea maupun kritikan amat di alukan-alukan untuk memantapkan lagi "TEKNIK CSR100" dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Jom kita kongsi ilmu forex.


KISS - KEEP IT SIMPLE n SMART

Happy Trading

Wasalam.

Mover And Shacker Of The Day


Dukascopy, ECN forex broker provides marketplace and biggest liquidity for online forex trading